Perkhidmatan Poslaju
July 14, 2008 – 8:46 pm | by wakaBaru-baru ini saya ada mengepos barang permainan (radio control) yang diorder oleh pelanggan menggunakan perkhidmatan poslaju, dengan kos rm20 untuk lebih kurang sekilo berat kotak barang tersebut. Tetapi disebabkan kecuaian saya memeriksa dengan teliti, saya telah melakukan kesilapan tertinggal satu barang iaitu suis, kecil saja dalam 70gram berat. Disebabkan kesilapan tersebut saya telah kehilangan rm5.90 kena kos penghantaran suis tersebut iaitu menggunakan poslaju. Nilai rm5.90 bukanlah besar, tetapi cuma berasa pelik menghantar barang yang berat tidak seberapa tetapi kosnya tinggi.
Mungkin disebabkan jenis barang yang dihantar menyebabkan kos pengeposan berbeza untuk setiap jenis barang. Pada permulaan penghantaran saya mengesahkan barang tersebut adalah alatan permainan. dan pada penghantaran yang kedua saya mengesahkan ia adalah suis, mungkin disitu kesilapannya. Atau pun disebabkan perbezaan kerani yang menguruskan pengeposan barang tersebut. Kesimpulannya periksa dahulu dengan teliti dan pastikan semua lengkap sebelum melakukan pengeposan untuk mengelakkan kerugian.
Tags: perkhidmatan poslaju, pos
| Posted in » 
